INTEGRASI
TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK)
PENGENALAN
Seiring dengan perkembangan dunia semasa dan era globalisasi, bidang
pendidikan turut mengalami perubahan yang pesat dari segi sistem mahupun
pengurusannya.Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia
tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global,
konsep perubahan global dan sebagainya (Abd.Rahim, 2005). Perubahan ini
memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara
membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan
trend dan ideologi abab ke-21.Teknologi Pendidikan memberi kesan yang besar ke
atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara
membangun seperti Malaysia.Justeru itu, perubahan
daripada pendekatan pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan
pen perlukan segera kepada pendidikan yang berteknologi adalah satu perkara
besar yang perlu diberi sokongan.Perubahan ini bukan sahaja terhad kepada usaha
pihak kerajaan semata – mata sebaliknya adalah keterlibatan semua pihak.Dengan penubuhan MSC, Malaysia menjadi negara
yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi
maklumat.Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan teknologi memberi
cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini
perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan.
Dalam tugasan ini akan membincangkan kepentingan integrasi
teknologi pendidikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Inisiatif untuk
mengintegrasikan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
tepat pada masanya. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan
dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek
pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran,penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai
tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula
teknologi digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Perbincangan ini juga
menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan teknologi dalam P&P memerlukan
kemahiran dan komitmen guru secara tepat dan berfokus. Peranan guru dalam
mengintegrasikan teknologi terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran
bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi
P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan
pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.
Kecanggihan yang
semakin berkembang menyediakan banyak manfaat kepada manusia. Pelaksanaan aktiviti
dalam kehidupan seharian menjadi semakin mudah, efektif dan efisien dengan
kewujudan pelbagai alat teknologi. Demikian juga dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P & P) di dalam bilik darjah. Penggunaan alat- alat teknologi
semasa sesi P&P bukan sahaja menjadikan sesi tersebut lebih menarik dan
mudah, tetapi mampu meningkatkan minat dan fokus para pelajar. Pengintegrasian
teknologi dalam pendidikan bukan sekadar menjadi trend dan ikutan semata- mata,
tetapi lebih menjurus kepada pengaplikasian sebuah pendekatan baru dan terkini
dalam menghasilkan satu sesi P&P yang berinovasi.
Konsep
Integrasi Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Konsep integrasi teknologi dalam
pendidikan boleh didefinisikan sebagai pengintegrasian tanpa kelim antara
pelbagai media dalam satu persekitaran digital bagi memenuhi tujuan
persekitaran pembelajaran, pedagogi, reka bentuk kurikulum dan stail
pembelajaran pelajar (Halimah, 2005).Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi
teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam
menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang
diajar.Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk
membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting
dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan
implikasi berhubung dengan teknologi.
Menurut Tajul Ariffin
dan Nor’Aini (2002) kejayaan negara yang bertitik-tolak dari pembentukan modal
insan yang cemerlang sentiasa berkait rapat dengan kejayaan dalam bidang
pendidikan. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan dilihat membantu
pelajar dan juga guru untuk memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran
(P&P).Selain dari itu, pengintegrasian teknologi dalam pendidikan telah
membentuk pembelajaran secara autentik yang mana pelajar diberi peluang belajar
untuk menyelesaikan masalah berdasarkan tugas dunia sebenar.
Menurut Lombardi
(2007), dengan adanya bantuan Internet, visual, dan teknologi simulasi pelajar
ijazah pertama boleh menjana kejadian lepas, melihat fenomena, menggunakan
instrumen dan boleh berhubung menerusi mentor di serata dunia. Perkara yang penting dalam integrasi
teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah setiap strategi
itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru
dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi
hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.
Kepentingan Integrasi Teknologi
Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Diantara kepentingannya ialah:
Diantara kepentingannya ialah:
- Memberi peluang kepada guru dalam memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual yang mana lebih berfokuskan aktiviti dan masalah sebenar.
- Dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya
- Guru boleh menggunakan ICT seperti penggunaan video, power point, komputer dan gambar boleh mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ini kerana apabila pelajar diberi peluang mencari maklumat sendiri atau berkumpulan, pelajar akan mudah dan lebih faham tentang subjek yang dipelajar.
- Ia juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana maklumat boleh diperolehi dengan cepat daripada Internet.
- Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Ini kerana akan memudahkan pengajaran guru didalam kelas dan mampu menarik perhatian pelajar.
- Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Ini kerana masa di sekolah adalah amat terhad dan memerlukan guru kreatif di dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ICT mampu memberi kefahaman kepada para pelajar dalam masa yang singkat.
- Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
- Penggunaan teknologi pendidikan juga boleh mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Guru boleh membuktikannya melalui tayangan video atau bahan-bahan yang boleh didapati daripada Internet.
- Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
- Menyediakan sumber yang luas kepada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran, rujukan dan penyelidikan.
- Kaedah integrasi teknologi pendidikan dalampengajaran dan pembelajaran juga mampu memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar kerana sebelum ini , guru hanya menggunakan kaedah syarahan atau kuliah didalam kelas.
- Pelajar boleh menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan (words), pangkalan data (database), dan grafik (kaku atau bergerak), serta boleh membuat pembentangan tugasan menggunakan alat-alat teknologi.
Strategi
mengintegrasi teknologi dalam P&P
Peranan Pemimpin Sekolah
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan
teknologi dalam P&P bukannya semata-mata terletak di bahu guru sahaja
tetapi juga kepada pemimpin sekolah.Peranan pemimpin adalah amat penting dalam
membentuk budaya menggunakan teknologi di sekolah.Mereka bukan sahaja perlu
memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna
teknologi dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan.Untuk
menerapkan budaya penggunaan teknologi di sekolah, satu dokumen polisi bertulis
seharusnya disediakan. Polisi ini membantu mereka bentuk dan mengurus program
ini bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai teknologi secara teratur dan
progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun
sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat
perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT
dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada
ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional
penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan
teknologi (Mohammed Sani dan MohdJasmy, 2002).
Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan
sekolah harus menyediakan pelan pembangunan.Heinrich (1995) menyatakan pelan
ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan
penilaian; spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian
dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian
serta pembinaan peralatan secara berterusan.Program pembangunan sekolah harus
selari dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian
Pendidikan.Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan
pembangunan teknologi dan seterusnya memantau perlaksanaannya.
Sokongan
daripada Pihak Luar
Pihak luar
memainkan peranan penting untuk memantapkan integrasi teknologi pendidikan
dalam proses P&P sekolah. Pihak skeolah harus menggunakan pelbagai
perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial
serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber
rujukan yang paling releven untuk mendapat khidmat nasihat teknik dan kaedah
menggunakan teknologi pendidikan dalam proses P&P. Teknik pengkongsian
pintar adalah antara sekolah dan sector swasta boleh digunakan sebagai strategi
untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi pendidikan untuk guru dan
semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti
setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk
membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan teknologi pendidikan dalam
P&P secara berkesan.
Masalah
atau kekangan pelaksanaan pengintegrasian teknologi pendidikan dalam P&P
Sikap
negatif guru
Daripada
kajian lepas terdapat sebahagian guru
yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan untuk sukar membuat penyesuaian
dengan teknologi instruksional. Ledakan teknologi pendidikan member cabaran
baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang
masih belum mengalami perubahan drastik dari segi pengadaptasian penggunaan
teknologi baharu termasuk computer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan
teknologi pendidikan dalam sekolah-sekolah telah membuka perspektif baharu
tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada system dan
organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi pendidikan
membolehkan pembelajaran menerusi pelbagai kemudahan teknologi diadaptasikan
dalam P&P.
Sumber Kewangan
Yang Tidak Mencukupi
Pihak
sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai
berbagai-bagai kos penggunaan teknologi pendidikan akan kembali kepada
pembelajarab konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited
terhadap penggunaan teknologi pendidikan juga boleh menyebabkan sekolah
tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal
memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya lebih moden dalam
penggunaan teknologi pendidikan, terutamanya di kawasan luar Bandar. Perubahan
ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu
bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Faedah pengintegrasian teknologi pendidikan dalam
P&P Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)
Pengintegrasian
teknologi pendidikan dalam P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah
memberikan impak yang baik kepada
pelajar mahupun guru mata pelajaran di mana terdapat banyak faedah yang
diperolehi. Semestinya dalam P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mempunyai
aktiviti-aktiviti yang melibatkan kecergasan fizikal. Oleh itu, pengintegrasian
teknologi pendidikan ini dapat memantau denyutan jantung pelajar iaitu dengan
menggunakan alat pengukur automatik dan alat transmisi. Kadar denyutan jantung
pelajar akan diambil melalui pemakaian jam tangan di pergelangan tangan serta
getah elastik yang akan diikat di sekitar dada pelajar untuk merekodkan data.
Pengintegrasian teknologi ini akan membantu untuk memupuk kerjasama dalam
kumpulan. Selain itu, sistem telemetri kadar nadi juga boleh digunakan untuk
menetapkan sasaran individu. Contohnya, berdasarkan data nadi yang telah
direkodkan, pengajar pendidikan jasmani menyediakan preskripsi kepada ibu bapa
tentang bagaimana untuk membantu anak-anak mereka meningkatkan fitness. Di
samping itu juga, kadar nadi yang telah dicatatkan sebelum ini akan dijadikan
sebagai motivasi kepada rakan sekelas.
Teknologi yang semakin
moden pada masa kini telah memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah terutamanya dalam Pendidkan Jasmani dan Kesihatan. Ketika
aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dilakukan, pengajar boleh menggunakan
perakam video untuk merakam teknik-teknik pelajar semasa bermain sesuatu
permainan, kemudian dapat menganalisis keputusan dan menawarkan cadangan
penambahbaikan. Penggunaan model perakam video monitor LCD yang baru boleh
mendapat maklum balas dengan serta merta. Penggunaan teknologi ini adalah untuk
membantu pelajar memahami apa corak pergerakan yang baik dan bagaimana untuk menganalisis dan memotivasi para pelajar untuk
kemahiran mereka dari masa ke masa. manakala video yang dihasilkan juga boleh
digunakan untuk menunjukkan teknik yang betul kepada pelajar, terutama apabila
pengajar tidak mempunyai kepakaran. Oleh yang demikian, bagi guru-guru yang
menggunakan video kamera dalam pengajaran pendidikan jasmani harus memainkan
pita kamera dengan serta-merta selepas setiap prestasi, menggunakan maklum
balas secara lisan dan memberi isyarat semasa memainkan pita, gunakan video
secara berulang kali, ‘zoom in’ untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek
tertentu, menukar sudut kamera, termasuk perspektif alam sekitar, dan menonton
skrin yang berpecah. Dengan adanya kemudahan ini, sedikit sebanyak dapat
membantu para pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang
dipelajari sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam
sukan.
Kesan pengintegrasian
teknologi pendidikan dalam P&P
Pengintegrasian
teknologi pendidikan ini juga mempunyai banyak kesan-kesannya sama ada positif
mahupun negatif. Namun penggunaan teknologi ini lebih banyak memberikan kesan
yang positif dimana ianya dapat membantu guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Sebagai contoh penghasilan
perisian berbantukan multimedia-komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p)
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Tingkatan Lima, membantu
pelajar sekolah manfaatkan kehebatan teknologi teknologi maklumat dalam p&p
mata pelajaran sukan. Guru mata
pelajaran PJK boleh mempelbagaikan kaedah p&p, iaitu selain daripada
menggunakan kemudahan fizikal seperti padang atau gelanggang, mereka juga boleh melaksanakan
p&p di makmal komputer dengan menggunakan perisian yang direkacipta itu.
Begitu juga dengan ujian kecergasan pelajar di sekolah boleh dijalankan dengan
menggunakan beberapa peralatan yang telah direka cipta seperti pembangunan makmal
pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK), Alat Ujian Tekan
TubiMenggunakan Sensor, Alat Ujian Lompat Jauh Berdiri Menguji Kekuatan Otot
Berelektronik, Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
bagi Subjek Kecergasan Fizikal dan sebagainya.
Manakala dalam bidang
sukan pula, para jurulatih di sekolah khususnya, boleh mengadaptasikan
penggunaan teknologi untuk membolehkan para atlet mendapat kesan yang positif
dalam latihan dan seterusnya menjulang kecemerlangan dalam kejohanan yang disertai. Sebagai contoh, terciptanya alat pengesan
batal dalam acara lompat jauh menggunakan sensor, alat koordinasi menggelecek bola keranjang
berelektronik bagi ujian kecergasan fizikal, analisis kinematik pergerakan kaki
dalam latihan sukan lawan pedang menggunakan alat bantuan latihan, alat kiraan
mata berelektronik dalam sukan netbal dan sebagainya. Di antara kelebihan
penggunaan semua hasil rekacipta yang dinyatakan ini adalah, ianya lebih murah
berbanding dengan kos yang perlu dibelanjakan sekiranya menggunakan peralatan
yang sama yang terdapat di pasaran, baik dari dalam atau luar negara. Sebagai contoh, rekacipta dan pembangunan
Makmal Pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk Sekolah-sekolah
di Malaysia yang mengandungi tujuh stesen ujian hanya menelan belanja sekitar
lebih kurang RM5000 sahaja, sedangkan kos di pasaran melebihi RM30,000. Keadaan
ini menunjukkan hasil rekacipta teknologi sukan tempatan amat kompeten dan
boleh bersaing di peringkat global dengan bukan sahaja hasil yang sama mutunya
dengan keluaran luar negara, malah boleh dimiliki dengan harga yang amat
rendah, berpatutan dan mampu milik.
Kesimpulan
Kemajuan
teknologi moden adalah salah satu faktor yang turut mempengaruhi pembaharuan
pesat berlaku dalam dunia pendidikan. Peranan teknologi semakin dirasakan oleh
pelbagai sektor terutama sektor perniagaan, telekomunikasi, pentadbiran dan
pendidikan. Dalam bidang pendidikan, kerajaan dan masyarakat awam telah
memberikan perhatian mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat
tentang peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh teknologi dalam
pendidikan. Mereka yakin bahawa teknologi boleh membantu mencapai matlamat dan
tujuan pendidikan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan bermakna. Yelland, N. et.all. (1997) mengatakan bahawa teknologi
dapat memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan proses
pembelajaran. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mengintegrasikan teknologi
pendidikan dalam P&P, pelbagai pihak harus bekerjasama bagi memastikan
penggunaan teknologi yang sedia ada tidak disalah gunakan oleh mana-mana pihak
serta memastikan keberkesanan teknologi dalam proses P&P. Pihak Kementerian
Pelajaran harus mewujudkan dana khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan
teknologi kepada guru dan pendidik serta menyediakan pusat latihan dalam bidang
tersebut agar mereka menjadi mahir dalam bidang tersebut. Akhir sekali, pendidik serta pelajar haruslah
mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan teknologi dengan lebih
berkesan. Setiap individu harus tahu bagaimana untuk menggunakan semua
teknologi yang ada supaya tidak bergantung kepada orang lain untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
RUJUKAN
Integriting
Educational Techonolgy into Teaching – second edition (M.D. Roblyer , The state
University of West Georgia – Jack Edwards, The Webster School)
Penintegrasian
ICT dalam pendidikan, penyelidikan, amalan dan aplikasi, 2008, Norazah Mohd
Nordin, Mohamed Amin Embi
Tranformation
of knowledge through classroom interaction, 2009 by Routledge, Baruch Schwarz,
Rina Hershkowitz
Teaching
with Technology, 2003 second edition, Priscilla Norton, Karin M.Wiburg